Tuesday, November 25, 2014

Kunci syurga ku

bismillahirrahmanirrahim

hari ini 26 November 2014.
hampir setahun setengah setelah post yang lalu.
Alhamdulillah.
telah setahun 2 bulan menjadi isteri kepada seorg akhi.
bahagia. alhamdulillah
tapi cabaran memang banyak.
sangat banyak.
bukan mudah memahami lelaki yang tidak dikenali.
lelaki yang hanya dilihat 3 kali sebelum nikah. itu pun sekilas pandang.
baru faham.
ramai yang berpesan.
bersabar dan banyakkan bersabar.
ternyata..
aku tak mampu untuk bersabar banyak.
moga Allah mengampunkan ku atas dosa-dosaku terhadap suamiku dan moga suamiku memafkan semua kesalahanku.
di awal pernikahan memang bahagia.
tapi ada masa banyak bertengkar. mungkin kerana aku kurang memahami kehendaknya dan dia juga kurang memahami kehendakku.
dia tidak seperti apa yang aku jangka dan aku juga tidak seperti apa yang dia jangka.
dia punyai ego cukup tinggi, aku juga punyai ego yang tinggi

setelah hampir 7 bulan bernikah, baru aku dapat satu turning point.
alhamdulillah
Allah memberi ku petunjuk dan hidayahNya.
cara ingin tackle dan memahami perangai suamiku.
dengan satu formula.
akhirnya aku boleh handle perangai2 nya.
walaupun kadang2 terbabas kurang kesabaran.
Allah..
moga dia memaafkan semua salah silapku.
tapi bila dapat satu turning point n formula tu,
entah..
aku rasa ada perasaan yang sangat bahagia, puas hati, bersyukur mengalir dalam diri.
atas apa yg berlaku sebelum ini, setelah menggunakan formula tersebut,
seperti semuanya solve.
itulah penyelesaian yang terbaik yang boleh diguna pakai dalam apa jua situasi .
apa formula tu?
biarlah aku je tahu.
lain suami lain perangai.
jadi suami aku, biar aku sahaja yang memahami bagaimana untuk handle beliau.

love u so much abang. lillahitaala

Friday, May 24, 2013

penerimaan

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah dah cakap kat dia pasal sakit ana
dia tu siapa?
dia tu tunang merangkap bakal suami.

mula-mula cakap ana sakit
dia tanya sakit apa
ana cakap ana sakit ni..
kena buat treatment ni and ni.

nak tahu dia jawab apa.
dia kata
'jadi?'

huh. bila dia dah cakap macam tu ana terus blur.
ana sangat3 risaukan penerimaan dia.
dan dia cakap gitu.

maksudnya dia tak kisahla. alhamdulillah.
dia kata
'takpe makan ubat ikut saranan dr, jangan skip makan ubat, sembuhlah nanti'
gulp.
simple and positive minded.
alhamdulillah.
terima kasih ya Allah

so
ana tanya.
kiranya ok je untuk teruskan semua plan?
and dia kata yes.

dan
kesimpulannya dia ok je terima sakit saya.
dan dia seorg yang positif.
insyaAllah

nama lagi businessman kot.

ya Allah.kuatkan ikatan ini dan tenangkan hatiku.ameen.

Saturday, May 18, 2013

Tidak Sihat

Bismillahirrahmanirrahim

ana tak sihat..
pergi jumpa dr dan perlu refer ke hospital besar.
so kira agak menakutkan juga.
tapi reslut diagnosis belum dapat.
esok insya Allah. esok ada appointment dengan dr.
harapnya everything will be fine insya Allah

sejak balik dari buat checkup kat az zahrah
apa yang ana fikirkan ..
antaranya..boleh tak ikhwah terima kalau betul ana sakit
mula2 ana rasa sangat2 risau
ana risau kalau disebabkan sakit ni, ikhwah tak boleh terima.

bila dah cool down sikit..
ana fikir.
kalau betul dia jodoh ana, maka walau apa yang berlaku ana tetap akan menjadi isterinya.
n vice versa
kalau betul dia ikhlas insya Allah, dia boleh menerima ana saat ana sakit dan dalam proses penyembuhan
suami yang baik menerima isteri saat isteri sakit dan sihat. takkan isteri sakit suami nak tinggal pergi dan   hanya menerima isteri waktu sihat sahaja.kan?
walaupun belum menjadi suami isteri, dan sebenarnya dia punyai berjuta pilihan yang lebih baik dari ana. tapi jika dia menerima ana sebagai isterinya seadanya ana (walhal pemilihan sekarang pun ana rasa dia menerima ana seadanya ana. dia tak memilih! ) ana sangat berdoa moga Allah memberinya syurga Firdaus sesuai dengan namanya

secara terus terangnya.
ana mengharapkan pernikahan ini. untuk menyempurnakan separuh agama ana.
walaupun ana agak takut dengan bakal suami yang langsung tidak dikenali bahkan tidak berkomunikasi ,
tapi ana harapkan jodoh ini kuat, dan pernikahan ini sampai saatnya.
Allah... hanyapadaMu aku memohon
betullah. dalam proses pernikahan memang banyak ujian. ini sudah bergelar tunang antara satu sama lain lagilah banyak ujiannya dan ujian tu Allah datangkan lain2 untuk setiap orang dan pasti setiap orang tu mampu menanggungnya kan?

hanya mampu berdoa kepada Allah
ana diberi kesihatan yang baik
dan Allah memberi kekuatan kepada dia untuk menerima ana seadanya ana.

Saturday, May 11, 2013

Wedding List saya

Bismillahirrahmanirrahim

sedikit Wedding List

nama je bajet. tapi tak siap lagi sebab tak tahu harga...
huhuhu


Bil
Perkara
Bajet
Harga Sebenar
Catatan
1.
Baju Nikah
-       tudung
-       veil
-       kasut
-       dobi
RM50

RM 17.00

2.
Baju Walimah
RM 500
RM 500
Selesai
3.
Pelamin
RM 500
RM 500
Selesai
4.
Bunga telur
RM100


5.
Goodies orang kampung
RM1.50/bag x 2500
= RM3500


6.
Goodies Pengantin (add on)
RM2.50 x 150
= RM375


7.
Langsir bilik
RM 500


8.
Set Bilik Tidur
RM1500


9.
Cadar
RM200


10.
Kad jemputan
RM0.40 x 2500
= RM1000


11.
Hantaran




Bakul hantaran
RM7x7
=RM49



Kemeja




MInyak Wangi




Kek
RM90
Acik Sponsor


Kain Pelikat
RM 30
Mak Sponsor


Coklat
RM 30



Quran + Sejadah
RM 70 + RM 30



Tart Buah & Cheese Tart
RM50

















pelamin

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

beberapa bulan lagi hari pernikahan dan walimatul urus bakal menjelang
kadang-kadang terasa lama.
kadang-kadang terasa sudah semakin hampir

semalam.
sengaja pergi ke Pameran Bahtera Pengantin di Giant.
dan alhamdulillah! dapat hasilnya
duduk kat satu booth tu.
mak ternampak pakej yang murah

pelamin 1
baju pengantin 1 set
makeup 1x
**percuma**
tilam nikah
baju pengapit
baju flower girl
kasut pengantin kalau sesuai

dengan kos RM1000.
rasanya kira sangat murah untuk harga sewa sekarang

kenapa tiba2 nak tempah?
entah rasa pening sangat nak mencari kain
sepatutnya nak buat semua sendiri
pelamin
baju pengantin
tapi pelamin sejak di downkan oleh kakak (ngee) rasa sangat down nakbuat sendiri.so decide tempah je kalau tak mahal sangat
baju pengantin - sejak mak tak setuju dengan apa yang saya nak, dan kena cari lain lace juga - pening dengan kemahalan kain lace(semeter paling murang rm60 kot!! kalau nak 4 meter?) then nak cariyang macam saya nak lagi, then nak jahit lagi. tu belum veil lagi n accessories. saya pun terfikir macam kena makeup sikit bagi naik seri.
so semalam bila ajak mak ke giant n mak belek2 ada pakej yang sesuai (memang nak cari pelamin pon) saya pun terus je setuju.
tapi baju nanti entah macammana. harapnya ada yang simple but nice.

jadi dengan itu selesai lah sudah pencarian untuk pelamin , baju walimah dan makeup hari walimah.
alhamdulillah

saya cuma harap saya dapat menjaga sebagai orang yang ditarbiyah
kalau makeup pun hanya untuk naikkan seri sahaja
bukan untuk semua orang pandang cantik
cuma nak sembunyikan muka pucat dan nampak seri pengantin.
insya Allah try untuk lighten makeup
kakak semalam dah janji, boleh je adjust

cuma saya tak dapat bayangkan macamana nak fitting baju nanti
yelaaaa...ikhwah kottt
waa.......
mungkin saya akan pergi sekali untuk cari baju saya sampai dapat dulu, then baru ajak ikhwah datang untuk fitting baju dia.
tak dapat bayangkan...=_=

Thursday, April 11, 2013

Renungan buat bakal isteri

Buat diri sendiri

Renungan bersama buat rakan-rakan yang bakal berumahtangga yang masih baru atau yang sudah menjangkau 5 tahun berumah tangga..

Rumah tangga idaman adalah rumahtangga yang bahagia dan saling membahagiakan.Lebih-lebih lagi kita yang terlibat dalam dakwah yang bakal melahirkan pewaris2 "Generasi Rabbani".

Khayalan atau impian tidak sama dengan apa yang kita lalui atau yang telah kita lalui. Ramai anak-anak muda sering mengharapkan suami impian,atau isteri impian (terlalu ideal) masing-masing akan cuba untuk menjadi suami solleh atau isteri yg solehah.

InsyaAllah selagi kita ada usaha yang bersungguh2 kearah itu Allah akan membimbing kita seiring dengan doa dan kesungguhan kita dalam membina Bait Muslim yang mulia ini.

Apabila kita betul-betul memasuki alam rumahtangga baru kita dapat rasakan cabaran sebenarnya ,dan bagaimana cara untuk mempraktikkan apa yang kita telah tahu melalui pembacaan buku-buku ilmiah tentang alam perkahwinan.

Kita akan berkenalan atau bertaaruf bersama orang yang sebelum ini kita tidak pernah kenal ( suami atau isteri)atau kita mengetahui secara jarak jauh.

Proses taaruf memakan masa yg lama bukan cuma seminggu atau sebulan.Kadang2 makan masa bertahun untuk mendapat keserasian,kesefahaman,saling mempercayai.Biasanya yang selalu terjadi perselisihan ialah masalah komunikasi,ekonomi,anak- anak, sibuk dan tak dapat bersama,perkahwinan jarak jauh,masalah keluarga mertua,menantu ,ipar duai dan lain lagi.

INGATLAH : Suami isteri masing -masing ada kelebihan dan kelemahan ,jadi raikanlah kelemahan dan kelebihan masing-masing sebagai manusia biasa.T erimalah seadanya jodoh yang Allah datangkan kepada kita.

Untuk mendapat kebahagian rumahtangga yang haqiqi perlulah ada agama,pengorbanan, kesabaran yang tinggi terutama para isteri, tak kurang juga suami. Di samping itu saling memaafkan dan berlapang dada dalam segala kesalahan, kesusahan dan keperitan dalam hidup bersama.

Sentiasa memandang kebaikan pasangan masing2 dan membuang segala sifat-sifat negatif. Jikalau ada pasangan suami isteri yang tidak berpuas hati antara satu sama lain, perlulah dibincangkan secara telus dan berterus terang supaya tidak menjadi masalah yang besar.Saling menghormati hak-hak suami dan hak-hak isteri.

Jangan dipendam segala masalah kadang-kadang boleh membakar diri.B agi wanita yang telah bersuami bersyukurlah yang Allah telah menemuka jodoh yang terbaik buat kalian, jagalah suami dengan sebaiknya (di luar sana ramai lagi wanita yang masih tidak bersuami dan masing-masing berharap untuk mendapat jodoh yang terbaik)

Begitulah juga dengan para suami jagalah isteri dengan penuh kasih dan sayang. Pelihara dan bajailah jodoh itu sebaik-baiknya moga perkahwinan yang suci ini berpanjangan hingga ke syurga Allah yang kekal abadi..



DIY Veil Chiffon

penerangan dalm post seterusnya

DIY veil chiffon

http://getmedean.blogspot.com/2012/04/cara-buat-veil-pengantin-yang-simple.html


tapi sebelum tu, aish nak bagitahu, veil ada dua jenis. satu bentuk oval, satu lagi half-shaped oval. tapi aish lagi suka bentuk half-shaped oval. sebab senang nak letak atas kepala nanti. nampak nice. 

ni la dia veil yang berbentuk half shaped oval. 
bahan bahan yang perlu disediakan. 
1. beli kain net/chiffon berukuran 1 meter. 
*net : potong lebar 110cm-140cm/60"
*chiffon : bidang 45"@50"

untuk pilihan kain, aish lagi suka kain chiffon dari kain net. sebab kain net macam keras tapi kalau pakai chiffon, kain dia lembut dan nampak flowy and tak kaku. sangat cantik! 

2. border lace 
border lace ni kalau korang pandai cari korang boleh dapat harga murah. dalam RM10 semeter. ada lagi yang lagi murah, tapi beads dia tak berapa cantik. so yang aku jumpa RM12.90 semeter ni bagi aku dah kira ok la. simple but nice. 

cara cara buat veil.
1. kalau korang beli kain berukuran 1 meter, selalunya veil yang terhasil akan panjang paras punggung. so kalau nak pendek sikit, half meter pun ok.
2. buat template sendiri, lukis bentuk half shaped oval pada kertas macam dalam gambar kat atas tu. 

3. potong kain chiffon/net ikut template tu. kalau kain chiffon, memang cabaran nak potong sebab kain chiffon, berbulu2 kalau potong tak kene gaya. so hati2 ye. 

4. lepas tu, korang hantar kain yang dah dipotong kemas kemas tu ke kedai jahit berhampiran untuk jahit tepi. kalau korang tak reti potong atau gunting tumpul, korang hantar je kain ela tu ke kedai jahit untuk dia buat step nombor 2 dan 3 tu berserta jahit tepi. habis cerita. 

*tapi nak cari kedai jahit yang sanggup potong tu, susah sebab mcm remeh. dorang malas nak layan. korang kena pandai amik hati dorang. haha. upah jahit tepi ngn potong tu dalam RM15 je!

5. lepas da jahit tepi, korang amik border lace dan jahitkan kemas2 di sekeliling veil tu. ha tang ni ikut kreativiti korang. tapi aku cuma boleh bagi tips, untuk buat veil yang simple (in case baju pengantin korang dah sarat dengan beads) korang hanya perlu letak border lace dekat bahagian kepala sikit dan bahagian  hujung bawah veil tu. supaya tujuannya untuk kasi berat dan veil nampak cantik.  

6. dah siap. kalau korang rajin, boleh beli pearl atau apa apa beads yang sesuai, dan jahit dekat bahagian kepala. lagii cantik!
siap!