Friday, May 24, 2013

penerimaan

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah dah cakap kat dia pasal sakit ana
dia tu siapa?
dia tu tunang merangkap bakal suami.

mula-mula cakap ana sakit
dia tanya sakit apa
ana cakap ana sakit ni..
kena buat treatment ni and ni.

nak tahu dia jawab apa.
dia kata
'jadi?'

huh. bila dia dah cakap macam tu ana terus blur.
ana sangat3 risaukan penerimaan dia.
dan dia cakap gitu.

maksudnya dia tak kisahla. alhamdulillah.
dia kata
'takpe makan ubat ikut saranan dr, jangan skip makan ubat, sembuhlah nanti'
gulp.
simple and positive minded.
alhamdulillah.
terima kasih ya Allah

so
ana tanya.
kiranya ok je untuk teruskan semua plan?
and dia kata yes.

dan
kesimpulannya dia ok je terima sakit saya.
dan dia seorg yang positif.
insyaAllah

nama lagi businessman kot.

ya Allah.kuatkan ikatan ini dan tenangkan hatiku.ameen.

Saturday, May 18, 2013

Tidak Sihat

Bismillahirrahmanirrahim

ana tak sihat..
pergi jumpa dr dan perlu refer ke hospital besar.
so kira agak menakutkan juga.
tapi reslut diagnosis belum dapat.
esok insya Allah. esok ada appointment dengan dr.
harapnya everything will be fine insya Allah

sejak balik dari buat checkup kat az zahrah
apa yang ana fikirkan ..
antaranya..boleh tak ikhwah terima kalau betul ana sakit
mula2 ana rasa sangat2 risau
ana risau kalau disebabkan sakit ni, ikhwah tak boleh terima.

bila dah cool down sikit..
ana fikir.
kalau betul dia jodoh ana, maka walau apa yang berlaku ana tetap akan menjadi isterinya.
n vice versa
kalau betul dia ikhlas insya Allah, dia boleh menerima ana saat ana sakit dan dalam proses penyembuhan
suami yang baik menerima isteri saat isteri sakit dan sihat. takkan isteri sakit suami nak tinggal pergi dan   hanya menerima isteri waktu sihat sahaja.kan?
walaupun belum menjadi suami isteri, dan sebenarnya dia punyai berjuta pilihan yang lebih baik dari ana. tapi jika dia menerima ana sebagai isterinya seadanya ana (walhal pemilihan sekarang pun ana rasa dia menerima ana seadanya ana. dia tak memilih! ) ana sangat berdoa moga Allah memberinya syurga Firdaus sesuai dengan namanya

secara terus terangnya.
ana mengharapkan pernikahan ini. untuk menyempurnakan separuh agama ana.
walaupun ana agak takut dengan bakal suami yang langsung tidak dikenali bahkan tidak berkomunikasi ,
tapi ana harapkan jodoh ini kuat, dan pernikahan ini sampai saatnya.
Allah... hanyapadaMu aku memohon
betullah. dalam proses pernikahan memang banyak ujian. ini sudah bergelar tunang antara satu sama lain lagilah banyak ujiannya dan ujian tu Allah datangkan lain2 untuk setiap orang dan pasti setiap orang tu mampu menanggungnya kan?

hanya mampu berdoa kepada Allah
ana diberi kesihatan yang baik
dan Allah memberi kekuatan kepada dia untuk menerima ana seadanya ana.

Saturday, May 11, 2013

Wedding List saya

Bismillahirrahmanirrahim

sedikit Wedding List

nama je bajet. tapi tak siap lagi sebab tak tahu harga...
huhuhu


Bil
Perkara
Bajet
Harga Sebenar
Catatan
1.
Baju Nikah
-       tudung
-       veil
-       kasut
-       dobi
RM50

RM 17.00

2.
Baju Walimah
RM 500
RM 500
Selesai
3.
Pelamin
RM 500
RM 500
Selesai
4.
Bunga telur
RM100


5.
Goodies orang kampung
RM1.50/bag x 2500
= RM3500


6.
Goodies Pengantin (add on)
RM2.50 x 150
= RM375


7.
Langsir bilik
RM 500


8.
Set Bilik Tidur
RM1500


9.
Cadar
RM200


10.
Kad jemputan
RM0.40 x 2500
= RM1000


11.
Hantaran




Bakul hantaran
RM7x7
=RM49



Kemeja




MInyak Wangi




Kek
RM90
Acik Sponsor


Kain Pelikat
RM 30
Mak Sponsor


Coklat
RM 30



Quran + Sejadah
RM 70 + RM 30



Tart Buah & Cheese Tart
RM50

















pelamin

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

beberapa bulan lagi hari pernikahan dan walimatul urus bakal menjelang
kadang-kadang terasa lama.
kadang-kadang terasa sudah semakin hampir

semalam.
sengaja pergi ke Pameran Bahtera Pengantin di Giant.
dan alhamdulillah! dapat hasilnya
duduk kat satu booth tu.
mak ternampak pakej yang murah

pelamin 1
baju pengantin 1 set
makeup 1x
**percuma**
tilam nikah
baju pengapit
baju flower girl
kasut pengantin kalau sesuai

dengan kos RM1000.
rasanya kira sangat murah untuk harga sewa sekarang

kenapa tiba2 nak tempah?
entah rasa pening sangat nak mencari kain
sepatutnya nak buat semua sendiri
pelamin
baju pengantin
tapi pelamin sejak di downkan oleh kakak (ngee) rasa sangat down nakbuat sendiri.so decide tempah je kalau tak mahal sangat
baju pengantin - sejak mak tak setuju dengan apa yang saya nak, dan kena cari lain lace juga - pening dengan kemahalan kain lace(semeter paling murang rm60 kot!! kalau nak 4 meter?) then nak cariyang macam saya nak lagi, then nak jahit lagi. tu belum veil lagi n accessories. saya pun terfikir macam kena makeup sikit bagi naik seri.
so semalam bila ajak mak ke giant n mak belek2 ada pakej yang sesuai (memang nak cari pelamin pon) saya pun terus je setuju.
tapi baju nanti entah macammana. harapnya ada yang simple but nice.

jadi dengan itu selesai lah sudah pencarian untuk pelamin , baju walimah dan makeup hari walimah.
alhamdulillah

saya cuma harap saya dapat menjaga sebagai orang yang ditarbiyah
kalau makeup pun hanya untuk naikkan seri sahaja
bukan untuk semua orang pandang cantik
cuma nak sembunyikan muka pucat dan nampak seri pengantin.
insya Allah try untuk lighten makeup
kakak semalam dah janji, boleh je adjust

cuma saya tak dapat bayangkan macamana nak fitting baju nanti
yelaaaa...ikhwah kottt
waa.......
mungkin saya akan pergi sekali untuk cari baju saya sampai dapat dulu, then baru ajak ikhwah datang untuk fitting baju dia.
tak dapat bayangkan...=_=