Tuesday, November 25, 2014

Kunci syurga ku

bismillahirrahmanirrahim

hari ini 26 November 2014.
hampir setahun setengah setelah post yang lalu.
Alhamdulillah.
telah setahun 2 bulan menjadi isteri kepada seorg akhi.
bahagia. alhamdulillah
tapi cabaran memang banyak.
sangat banyak.
bukan mudah memahami lelaki yang tidak dikenali.
lelaki yang hanya dilihat 3 kali sebelum nikah. itu pun sekilas pandang.
baru faham.
ramai yang berpesan.
bersabar dan banyakkan bersabar.
ternyata..
aku tak mampu untuk bersabar banyak.
moga Allah mengampunkan ku atas dosa-dosaku terhadap suamiku dan moga suamiku memafkan semua kesalahanku.
di awal pernikahan memang bahagia.
tapi ada masa banyak bertengkar. mungkin kerana aku kurang memahami kehendaknya dan dia juga kurang memahami kehendakku.
dia tidak seperti apa yang aku jangka dan aku juga tidak seperti apa yang dia jangka.
dia punyai ego cukup tinggi, aku juga punyai ego yang tinggi

setelah hampir 7 bulan bernikah, baru aku dapat satu turning point.
alhamdulillah
Allah memberi ku petunjuk dan hidayahNya.
cara ingin tackle dan memahami perangai suamiku.
dengan satu formula.
akhirnya aku boleh handle perangai2 nya.
walaupun kadang2 terbabas kurang kesabaran.
Allah..
moga dia memaafkan semua salah silapku.
tapi bila dapat satu turning point n formula tu,
entah..
aku rasa ada perasaan yang sangat bahagia, puas hati, bersyukur mengalir dalam diri.
atas apa yg berlaku sebelum ini, setelah menggunakan formula tersebut,
seperti semuanya solve.
itulah penyelesaian yang terbaik yang boleh diguna pakai dalam apa jua situasi .
apa formula tu?
biarlah aku je tahu.
lain suami lain perangai.
jadi suami aku, biar aku sahaja yang memahami bagaimana untuk handle beliau.

love u so much abang. lillahitaala