Saturday, March 30, 2013

Pertunangan

Bismillahirrahmanirrahim

Pertunangan adalah perjanjian tidak rasmi untuk menyatakan bahawa seorang lelaki akan menikahi seorang perempuan.
Pertunangan dengan rasmi menyatakan sang akhowat telah dikhitbah oleh sang ikhwan.

alhamdulilah.
aku telah melalui proses pertunangan ini.
dengan rasmi mujahid itu telah mengkhitbah ku.

Bukti Pertunangan 

Cuma ingin bercakap sedikit tentang majlis pertunangan
aku ada banyak search di internet tentang majlis pertunangan
yang aku dapat simpulkan,
kebanyakan orang menjalankan majlis pertunangan dengan sangat grand.
-ada yang ada pelamin mini
-sang perempuan berhias, berdandan dan berpakaian dengan sangat cantik macam nak nikah
-berhantaran dengan hebat - ok ini boleh terima sikit (sikit je la)
-bergambar antara tunang dengan tunang .maksudnya lelaki dengan perempuan yang dipinangnya itu.

majlis ku sangat simple
- aku berbaju kurung sedikit cantik. ada manik2. berwarna ungu (baju pinjam kakak)
- bertudung labuh
- takda makeup -pakai bedak je
- tiada hantaran - hanya hadiah untuk pihak lelaki (kek, buah, tart buah dan pulut kuning)
duduk dalam bilik adik, yang dibersihkan sedikit dan cadar gunakan cadar kawin adik (alhamdulillah zaujnya sporting )
majlis yang sangat simple dan kejap.
perbincangan parents, then mak masuk bilik tanya aku setuju atau tidak dengan peminangan ini. (aku setuju)
tak lama lepas tu mak ikhwah masuk bilik sarung cincin.
habis selesai tu aku masih duduk dalam bilik dan disambung dengan jamuan makan.
mak kata - makan kemudian ya.
ok mak.
tiba2 aku dengar semua dah senyap.
keluar2
eh. diorang dah balik. aduh.
mak kata, mak tak teringat nak panggil aku keluar.
sms akhi, kata maaf sangat sebab tak salam dengan maknya dan sampaikan salam pada ibunya.
(macam tak patut langsung tak salam dengan ibunya, sebabtu sms.kalau tak takkan sms.dan hanya sms sekadar itu, langsung tidak menyentuh urusan pertunangan.dia juga tidak cakap apa2 alhamdulillah. )
tapi alhamdulillah, bila tak keluar bilik. makanya tak bertembung langsung dengan akhi (tunang)
alhamdulillah.
terasa selamat sedikit.
cuma macam malu sikit bila pihak lelaki bawa dulang bagai. (kata tak nak berdulang tapibawa juga) dengan haisan yang cantik.
mereka bagi kek,buah, kain pasang dan cincin.
tapi aku hias hadiah nak bagi kat depa punyalah simple. aduh. malu.
tak apalah belajar.

alhamdulillah selesai dah majlis.
moga Allah memberkati dan memberi  redhaNya kepada kami dengan kesimple-an majlis ini.



Calon Kiriman Allah

Bismillahirrahmanirrahim

bukan ingin bercerita bagaimana mengenali si dia.
kisah yang akan diceritakan hanya selepas akad berlangsung

cuma, bersyukur dan berterima kasih padaNya
mengirimkan seorang insan
yang bakal menjadi imamku.

bukan mudah menerima dia.
usai taaruf
taaruf. saat bertemu dengannya pertama kali.
seumur hidup ini tidak pernah tahu kewujudan dirinya.
hanya tahu apabila masing2 bersetuju menerima satu sama lain untuk hidup bersama melalui perantaraan orang tengah.
sungguh pelik.

namun,
usai taaruf
satu kata-kata ustazah
' faiza 'azamta fatawakkal 'alallah'
bila anti dah membuat keputusan, berserahlah pada Allah.
keputusan anti menerima Dia.insya Allah, moga Allah bersama.

selepas beberapa waktu
seakan masih ada rasa ragu dengannya.
perbualan dengan ustazah
"anti masih kurang yakin dengan dia?"
"kadang2 ada rasa2 yang bermain dalam hati" jawabku
  -sebenarnya aku masih tak yakin dia menerima ku sebagai calon isterinya dan aku masih ragu bolehkah aku menerimanya dan redha dia sebagai suamiku-
"keputusan yang anti ambil anti serahkan pada Allah bukan? jadi jangan risau.banyakkan berdoa. bisikan2 itu perkara biasa dan abaikan" ustazah menenangkan hatiku.

alhamdulillah.
hati tenang dan yakin setelah secara rasmi tali pertunangan diikat.
alhamdulillah
terima kasih Allah


Perjanjian Yang Berat

Bismillahirrahmanirrahim .

Perjanjian yang berat. tajuk entry dan tajuk blog. apakah itu?

Dan bagaimana kamu akan mengambilnya kembali padahal kamu telah bergaul satu sama lain (sebagai suami isteri). Dan mereka (isteri-isteri mu) telah mengambil perjanjian yang kuat (ikatan pernikahan) dari kamu. ”  (QS An-Nisa’:21)

ya..itulah perjanjian yang berat. bersyukur Allah memberi ruang dan peluang untuk menghadapi fasa ini.
masih lagi fasa persediaan.

kenapa blog ini diwujudkan?
i. saya seorang yang suka bercerita. tapi saya tidak boleh bercerita kisah saya kali ini kepada sebarangan orang. jadi blog ini tempat meluah rasa
ii. saya ingin melihat progres persediaan saya untuk menjadi seorang isteri dan bakal ibu >.<

moga ikatan ini akan lebih menguatkan tapakan kaki di jalan dakwah dan tarbiyah ini.
moga proses ini penuh dengan kebarokahan.

Allah. andai ada aku tersilap dan tersalah langkah. tegurlah daku. moga redha Mu sentiasa bersama kami. tunjukilah kami jalan yang tepat ya Rabb. ameen.