Saturday, May 18, 2013

Tidak Sihat

Bismillahirrahmanirrahim

ana tak sihat..
pergi jumpa dr dan perlu refer ke hospital besar.
so kira agak menakutkan juga.
tapi reslut diagnosis belum dapat.
esok insya Allah. esok ada appointment dengan dr.
harapnya everything will be fine insya Allah

sejak balik dari buat checkup kat az zahrah
apa yang ana fikirkan ..
antaranya..boleh tak ikhwah terima kalau betul ana sakit
mula2 ana rasa sangat2 risau
ana risau kalau disebabkan sakit ni, ikhwah tak boleh terima.

bila dah cool down sikit..
ana fikir.
kalau betul dia jodoh ana, maka walau apa yang berlaku ana tetap akan menjadi isterinya.
n vice versa
kalau betul dia ikhlas insya Allah, dia boleh menerima ana saat ana sakit dan dalam proses penyembuhan
suami yang baik menerima isteri saat isteri sakit dan sihat. takkan isteri sakit suami nak tinggal pergi dan   hanya menerima isteri waktu sihat sahaja.kan?
walaupun belum menjadi suami isteri, dan sebenarnya dia punyai berjuta pilihan yang lebih baik dari ana. tapi jika dia menerima ana sebagai isterinya seadanya ana (walhal pemilihan sekarang pun ana rasa dia menerima ana seadanya ana. dia tak memilih! ) ana sangat berdoa moga Allah memberinya syurga Firdaus sesuai dengan namanya

secara terus terangnya.
ana mengharapkan pernikahan ini. untuk menyempurnakan separuh agama ana.
walaupun ana agak takut dengan bakal suami yang langsung tidak dikenali bahkan tidak berkomunikasi ,
tapi ana harapkan jodoh ini kuat, dan pernikahan ini sampai saatnya.
Allah... hanyapadaMu aku memohon
betullah. dalam proses pernikahan memang banyak ujian. ini sudah bergelar tunang antara satu sama lain lagilah banyak ujiannya dan ujian tu Allah datangkan lain2 untuk setiap orang dan pasti setiap orang tu mampu menanggungnya kan?

hanya mampu berdoa kepada Allah
ana diberi kesihatan yang baik
dan Allah memberi kekuatan kepada dia untuk menerima ana seadanya ana.

No comments:

Post a Comment