Saturday, March 30, 2013

Calon Kiriman Allah

Bismillahirrahmanirrahim

bukan ingin bercerita bagaimana mengenali si dia.
kisah yang akan diceritakan hanya selepas akad berlangsung

cuma, bersyukur dan berterima kasih padaNya
mengirimkan seorang insan
yang bakal menjadi imamku.

bukan mudah menerima dia.
usai taaruf
taaruf. saat bertemu dengannya pertama kali.
seumur hidup ini tidak pernah tahu kewujudan dirinya.
hanya tahu apabila masing2 bersetuju menerima satu sama lain untuk hidup bersama melalui perantaraan orang tengah.
sungguh pelik.

namun,
usai taaruf
satu kata-kata ustazah
' faiza 'azamta fatawakkal 'alallah'
bila anti dah membuat keputusan, berserahlah pada Allah.
keputusan anti menerima Dia.insya Allah, moga Allah bersama.

selepas beberapa waktu
seakan masih ada rasa ragu dengannya.
perbualan dengan ustazah
"anti masih kurang yakin dengan dia?"
"kadang2 ada rasa2 yang bermain dalam hati" jawabku
  -sebenarnya aku masih tak yakin dia menerima ku sebagai calon isterinya dan aku masih ragu bolehkah aku menerimanya dan redha dia sebagai suamiku-
"keputusan yang anti ambil anti serahkan pada Allah bukan? jadi jangan risau.banyakkan berdoa. bisikan2 itu perkara biasa dan abaikan" ustazah menenangkan hatiku.

alhamdulillah.
hati tenang dan yakin setelah secara rasmi tali pertunangan diikat.
alhamdulillah
terima kasih Allah


No comments:

Post a Comment